Thursday, March 24, 2011

Abang-abangmu


Pilu hatiku sebagai seorang abang, bukan kerana keputusan yang diperoleh oleh adikku, tetapi kerana bimbang akan stigma masyarakat yang mungkin menjatuhkan maruah srta motivasi adikku. Mukanya besi perasaan tetapi hatinya kaca nipis. Tdak sanggup aku lihat dia dihujani stigma serta dimalukan sedemikian rupa. Ingin sahaja aku cilikan mulut manusia durjana yang menyetankan dirinya.

Hidup kita bukan berkiblatkan kertas keputusan tetapi usaha, itu yang aku tanam dalam diriku selama ini. Jangan risau, akan kucuba untuk memasang perisai agar ka uterus maju. Janganlah kau jadi seperti abangmu ini, hiduplah dengan alunan mu sendiri, jangan jadi seperti lalang, jadilah seperti pancang ditengah arus.

Persetankan setan-setan dunia itu. Biarkan mulut mereka dimamah batu panas neraka. Persetankan juga mata yang melihatmu dengan hina, biar mereka buta ditelan kemewahan dan keangkuhan mereka. Itu semua kerana mereka tidak melihat dengan mata hati tetapi mata yang alpa. Andai engkau tiada bahu untuk disandar, aku sedia, dan akan ku cuba untuk penuhi tanggungjawabku sehingga aku lihat kau berjaya.

Gagahilah dirimu kerana walau satu dunia benci akanmu, akan ku terus berjalan seiring disampingmu. Tidak banyak yang mampu ku ucapkan agar kau kembali bangkit seperti burung api yang bangkit dari abu kekalahan, membelah langit, mencapai cita jayamu. Tetapi kau adalah umpama mutiara jika dicampak ke laut, permata jika ditelan kebumi, malahan kejora yang terbang di gigi angkasa.

Tidurlah engkau agar sedihmu hilang bersama mimpi, bersama dengkur mu, agar kau bisa bangun dengan tawa dan senyum dahulu.

Pahit, penat dan tangis, biarlah ia menjadi pengajaran kepada aku dan engkau, agar kita sedar bahawa hidup kita umpama roda, bukan selalu diatas, mungkin terpalit juga kadang diatas muka tanah.

Selepas ini langkahmu akan lebih banyak api dan bara yang mengigit hatimu, memamah semangatmu, , membunuhmu, tapi janganlah gusar dan gentar, basahi lidah mu dengan pinta kepadaNya. tabahlah, tabahlah, tabahlah adikku.

No comments: