Tuesday, March 1, 2011

Gasar dan Kasar

Oleh kerana sudah lama tidak bergurau dengan sahabat, malam tadi timbul idea liar inginkan hiburan bersama-sama teman – teman lelaki. Sudah menjadi lumrah, ada masa kita akan menjadi mangsa, dan adakala kita menjadi mangsa. Begitulah norma kitaran hidup jika kita tidak ingin hidup di tengah –tengah pawana. Rakus minda mencari idea, menelaah bahan lalu mengunakan perisian canggih yang ada pada computer riba, aku mula mengorak langkah memulakan permainan minda.

Tidak perlu lama masa yang diukir untuk menyudahkan hasil kumul tatkala hanya tiga minit diperlukan untuk menatanya.  Dan sekelip mata ia berada di facebook. Aku bangga dengan hasilku, lalu men”tag” rakan – rakan yang sudah lama hauskan hiburan. Tetapi aku ada prinsip, aku hanya men”tag” sahabat lelaki kerana “tidak akan menhanjeng dihadapan wanita”. Itu caraku menjaga reputasi sahabat.

Sudah puas meragakan hasilku, aku memecah malam bersukan kerana badanku rindukan peluh dan sedikit hiburan.

“Bukan mulut dan jiwa sahaja yang perlukan makanan, tatkala badan juga perlukannya.”

Kata – kata azimat pemberian Uncle Peter. Lalu dengan adikku, kami bermain badminton di rumah sahabat sehingga badan tidak mampu lagi, sehingga badan sudah lecun dengan keringat.

Apabila tiba di rumah, aku membuka komputer riba sementara menunggu keringatku kering dimakan angin. Tanganku merayap liar melihat comment daripada sahabat. Tetapi satu notification tentang message ternyata menarik mataku kearahnya. Nama yang aku kenali, tetapi aneh kerana tidak pernah aku meng”add” beliau kedalam lingkungan sahabat kerana tidak masak kukenali.

Apabila dibuka, ternyata isinya membuatkan aku terkesima. Mungkin kerana kata-kata sinis yang digunakan benar-benar telah mengguris. Sindiran tajam dan padu membuatkan aku membacanya berkali-kali.
“apa bezanya berterus terang, berlaku jujur dan mengkritik?” kuotasi daripada sahabatku berlegar ligat di dalam minda. Aku bermonolog. Ternyata aku tidak menambah beliau dalam lingkaran sahabatku di facebook. 

Bagaimana secara tiba-tiba tanpa pawana pokok bisa digoncang? Lebih pahit, aku diberi amaran keras kerana beranggapan aku seorang yang radikal. Ternyata seorang lagi sahbat ku ada reputasi yang perlu dijaga. Lebih-lebih lagi beliau melibatkan agama dalam kritikan lancangnya.

Reputasi? Apa semua tu? Adakah ia begitu penting? Aneh, hanya kerana ingin menjaga reputasi, seseorang terpaksa menjadi kera sumbang, dipanah mata liar masyarakat. Masyarakat pasif yang tidak inginkan norma diganggu. Berikutan merupakan beberapa isi yang diutarakan tanpa olahan diri;

Assalamualaikum.

Sorry, I know I shouldn't be intervening but I feel compelled to write this. To be honest, I'm complete disgusted with the edited photo you posted of !@#$%. I'm not saying this because I want to defend !@#$% as a person but because I feel:

1) It's inappropriate on an Islamic level.
2) It's a picture of your brother in Islam- unless you don't feel that way.
3) It reflects on yourself as a muslim.

I don't know what you think of me but I strongly request you remove it. I would greatly appreciate it and would comment the same for any future edited images you would want to do. You have photoshopping skills- not many people do. Use it for the benefit of the Ummah please:)

Thank you very much in advance. And sorry again for suddenly sending this message.

*&^%$##@!.
(nama dipadam kerana ingin menjaga nama baiknya)

Maaf, tapi bagi ku, kau terlalu naïf. Pernahkah kau pergi ke kedai kopi dan dengar gurauan-gurauan haiwan mereka? Mungking kerana diberi makanan dan minuman yang enak mahal tambahan pula berkhasiat, mindamu suci tanpa debu pemikiran radikal. Mungkin juga kamu hanya hidup bersama-sama golongan atasan serta dikelilingi makhluk-makhluk indah syurga, kamu rasakan yang tiada neraka dunia.

Mungkin tidak bagi aku, sahabatku ramai yang bekerja sebagai buruh, menjadi nelayan, malahan ada yang bertani mewarisi tradisi kerja keluarga. Pada mereka, gurauan adalah gurauan. Seseorang tidak akan dibuku melalui kulit semata-mata, tetapi kerana usahanya. Gasar mungkin, tetapi tidak pernah terasa dengan gurauan kasar.

“It reflects on yourself as muslim”, tajam. Mungkin muslim ku tidak sempurna. Malas, penat dan lelah aku nafikan. Dan jika itu yang akan kau onakkan dalam tengkorakmu, dipersilakan. Biarpun kau label aku sebagai isi neraka sekalipun, tidak akan aku nafikan. Kerana aku tahu bukan engkau, mahupun aku untuk menilai siapa aku dimataNya.

Malam itu aku tidak tidur, bermonolog serta muhasabah diri. Kuhiasi malam dengan bacaan quran kerana aku tahu, hanya Ia mampu memberi aku ketenangan yang jumul. Aku ringankan mulutku dengan bacaan sehingga pagi. Dan ada ketika, aku menangis. Solat hajatku panjang, pintaku dan permintaanku bagaikan aku ingin mati esok. Dan ketika aku sudah ingin tidur, kudengar bunyi geseran engsel pintu kamar tidur ibuku. Kumatikan niat untuk tidur..

No comments: